Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

cute gambar kami

Jumaat, 8 Mei 2009

politik perak kalut










tanggal 7 Mei, DUN Perak bersidang. Persidangan ini diadakan walaupun kes siapa MB sah masih di mahkamah. nampak kalut si Zombie nak buat sidang. Kalau tak buat, makna DUN Perak akan terbubar kerana tidak ada mesyuarat dalam tempoh enam bulan. Bila dah buat dalam keadaan yang masih samar, sama ada MB lama atau si Zamry yang sah, maka inilah jadinya. Kelam kabut. Dan menjadi lakaran sejarah terbaru di Malaysia, Sultan terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan pembukaan sidang DUN. Kelam kabut, kacau bilau. Banyak tangkapan dilakukan di luar dewan. Khabarnya seramai 60 orang ditahan termasuk 10 YB... aduh, apa nak jadi dengan negeriku.
Nak kata puak-puak ni gila, mustahil, sebab peraturan SPR tidak membenarkan mereka yang sakit mental atau tidak waras menjadi wakil rakyat... Dan yang pastinya, inilah punca orang memilih kerjaya politik pada kedudukan no 15 daripada 15 bidang kerjaya yang dilakukan oleh satu survey akhir tahun lalu.
Apapun, aku terharu dengan semangat dan kekentalan jiwa ADUN PR, terutama Sivakumar (Speaker ) yang tidak berganjak dari kerusinya demi mempertahankan maruah rakyat.Akhirnya., siva diheret keluar dengan cara yang paling tak beradab oleh mereka yang mempunyai kuasa dan inginkan kuasa.

politik perak kalut