Pengikut

Selasa, 22 September 2009

banjir

banjir di laluan Taiping-Selama. Dan aku salah seorang yang terperangkap... Kesian kat orang kampung kat situ. Raya dalam banjir. Puncanya ialah projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar. Orang lain kaya, orang lain jadi mangsa.


raya lagi...


layan gambar sudah...

amani


cantik kan budak ni.cerdik, pintar, pandai cakap wa cakap luuu...

seputar ari raya

Sebahagian gambar kulaan kumpulan kedua. Rasanya tak ada sorang pun anak-anak suku kaum rawa ni yang pandai berbahasa ibunda mereka. Peh... Hampeh... Rugi tak tau berbahasa rawa (sebelah mak) dan petani (sebelah arwah bapa)


Sambutan hari raya di rumah mak meriah kerana anak-anak saudaranya dari keluarga Mak Ngah Zaiton (Permatang Pasir Kedah) datang bertandang. Rombongan pertama adalah keluarga abang Hamdan dan Kakak Syidah. Kak Syidah ni rupanya dok di Kulim... Tapi memandangkan hubungan kekeluargaan ni 'terbius' sejak beberapa tahun yang lalu, maka kami tak dapat berhubung antara satu sama lain. Memang benarlah, Ramadhan dan Syawal membawa keberkatan kepada umatnya. Percayalah, bahawa inilah yang dikatakan kegembiraan bagi orang yang merayakan Syawal setelah berpuasa sepanjang ramadhan.

Rombongan yang kedua pula diketuai oleh abang halim. Dia ni kelakar sikit. Rupa-rupanya dah bercucu dia ni. Kumpulan ni paling ramai. hampir 40 orang. Antara yang datang ialah Zul (anjung), kak norain dan yang lain tu lupa nama. Bagusnya adik beradik zaman la... Dua pupu pun tak berapa nak tahu nama... Walau bagaimanapun, memang syok dapat berjumpa dengan saudara mara yang tak berhubung sejak sekian lama.

Kepada adik beradik yang melayari blog ini, kenalilah saudara mara anda. Mana tahu berjumpa di tengah jalan, bergaduh... bertumbnuk... bila nak selesai kes baru tahu adik beradik... Kan tak bagus gitu...

Sabtu, 19 September 2009

sambutan raya


alhamdulillah, hari ini dapat dimulakan dengan solat subuh seawal waktu walaupun tak dapat pi surau. Bangun pagi ni tak payah bersahur, sebab hari ini hari raya. Yang paling seronok beraya ialah mohamad naquib, putara bongsuku. Dia dapat melaksanakan puasa selama 29 hari tanpa gagal. Dan dalam bulan ramadhan lalu juga dia mengerjakan solat sunat terawih dan turut mendengar tazkirah secara tetap. harapan aku moga-moga perangai ini akan diteruskan sampai dewasa.

pagi ini dimulakan dengan bersembahyang sunat aidifitri di Surau Taman Nesa. Ramai juga jemaah yang hadir. Kira penuh la surau. Biasanya surau tu lapang aja kat belakang... Moga-moga sikap ini berterusan sampai bila-bila. Kekuatan orang Islam adalah pada kesatuan fikiran. Kesatuan fikiran akan lahir jika kita istiqamah dengan solat Jemaah. Pada waktu ini akan wujud persefahaman dan para jemaah boleh bertukar fikiran, belajar agama dan seterusnya mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

Selepas solat tadi, terus bawa anak-anak serta kak bakyah dan Wani ke kubur AbahLeh. Diam-tak diam dah 9 bulan abah Leh kembali menemui Allah. Moga rohnya tenang di sisi Allah, diletakkan disisi orang beriman dan beramal saleh. Ramai juga orang kat kubur tadi. Keadaan ini berbeza dengan zaman aku kecik-kecik dulu. Memang tobat lahum tak pi kubur... Sebab.. he he kubur adalah satu tempat yang menyeramkan... Eeee... takut. Tapi sekarang dah ok. Bebudak pun tak takut lagi pi kubur. Khurafat yang ditinggalkan oleh orang dewasa dulu dan beransur hilang. Sekarang orang pi kubur siap ada yang posing lagi. Tak percaya... nanti aku upload gambar.

Balik dari Selama, singgah kubur ayahanda aku yang telah kembali menemui Allah sepuluh tahun yang lalu. Moga ayahanda aku diletakkan di sisi orang yang beriman. Satu sifat ayah aku ni ialah dia tegas dan orangnya cukup sabar. Seingat aku, tahap ksabarannya cukup tinggi. Menurut doktor yang merawatnya, barah hati yang dihidapinya adalah pakai stage 4. Bengkak pada hatinya sebesar 13 cm menunjukkan dia telah menderita sakit selama 30 tahun... Dan selama 30 tahun dia tidak pernah mengeluh sakit. Yang dia tahu ialah bekerja untuk membesar dan menyekolahkan anak-anaknya. Hasilnya, kami semua boleh dikatakan berjaya dalam hidup dan jadi anak-anak yang baik jugalah... he he.

Tapi, kehebatannya terserlahbila pada stage akhir hayatnya. Dalam keadaan yang sangat sakit, dia tak pernah mengadu sakit. Seingat aku, sewaktu aku drive balik dari Taiping ke rumah, dia suruh berhenti sekejap sbb dia nak muntah. Yang dia tanya maghrib dah masuk ke belum. Aku jawab sekejab lagi.Lepas tu dia tak kata apa dah... Diam sampailah dia meninggal. Cuma pada malam tu, dia mengadu sakit 3 kali.

Kalau kitalah yang sakit, jaja sana, jaja sini. mengauh sana, mengauh sini. Inilah kita, tahap kesabaran kita sangat rendah....


OOO... lari jauh lak dari tajuk posting... Habis ziarah kubur, balik rumah mak... Salam dan cium mak. bebudak, syok tadah duit raya. Orang tua, habis duit bagi duit raya. Junpa lagi dalam masa terdekat.

Selamat ari raya, minal aidil wal faizin.

hari raya eidul fitri


alhamdulillah, esok semua umat Islam di Malaysia yang beragama Islam akan menyambut eidul fitri. Sambutan ini menandakan kemenangan bagi orang yang telah menjadi 'penuntut'madrasah Ramadhan selama sebulan. Moga-moga, Ramadhan yang dijalani selama sebulan ini diterima Allah. Kalau Allah tak terima, alamat dapat letih sahaja. Dan bagi kita yang meraikan syawal, diharapkan dapat menyambutnya dalam tertib Islam. Kita mesti memelihara adab dan berhari raya dalam lingkungan yang dibenarkan syarak. Orang Melayu, kena membuang tabiat membazir ketika menyambut syawal. Perlumbaan membuat kueh muih, ketupat rendang, main mercun dan bunga api serta memasang panjut hendaklah dikurangkan. Hal ini kerana banyak daripada perkara yang kita buat tidak dianjurkan syarak. Berbelanjalah dalam keadaan berhemah.

Jumaat, 18 September 2009

YouTube - layar keinsafan mestica

YouTube - layar keinsafan mestica

Khamis, 17 September 2009

najihah and qistina