Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2009

Panggilan Kaabah

Sedar tak sedar, dah masuk musim haji. Musim haji bermula pada 1 syawal dan berakhir pada 13 Zulhijjah. Dan sekarang, bakal haji dan hajah dah mula bertolak ke Tanah Suci, sama ada ke Mekah atau ke Madinah, dua tanah suci yang punya sejarah tersendiri dan keagungan tersendiri. Di Mekah ada baitullah, kiblat orang Islam manakala di Madinah pula ada makam Nabi. Dan banyak lagi tempat bersejarah di kedua-dua kota suci Islam ini.

Bila menziarahi orang yang nak 'naik' haji, teringat kenangan lalu ketika 'dijemput' Allah sebagai tetamu-Nya pada tahun 2003. Aku bersama isteri dan kakak bersama-sama ke Tanah Suci. Kami bertolak malam pada tanggal 12 Januari. Dihantar oleh abang Majid dan kak Sal. sampai di Kompleks Haji Bayan Lepas, tak ada apa-apa yang dilakukan. Aku tidur saja sampailah dikejutkan petugas kompleks untuk urusan check-in. 


Paginya, lebih kurang pukul 10 pagi, kami berkumpul di 'bali berlepas' Kompleks Jemaah haji Bayan Lepas. Kebetulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu Brig Jeneral hamid Zainal Abidin ada bersama-sama untuk merasmikan pemergian jemaah haji dari Utara. Ada bersama-sama kami dalam penerbangan ialah Mufti Pulau Pinang, Dato hassan Ahmad, yang menjadi Pakar Rujuk Tabung haji . 

Dalam penerbangan ke Mekah selama lapan jam memang bosan. Tak ada apa yang dilakukan kecuali makan dan minum. Sampai di Lapangan Terbang King Aziz Jeddah lebihkurang pukul 3 petang waktu Arab Saudi. Proses check-out agak mudah. Tidak ada apa-apa masalah, beg tidak dibongkar. Alhamdulillah. Kami melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak disana. Tabung haji menyediakan makanan ala-Malaysia, siap ada sambal belacan untuk kami. Sedap juga.


Selepas solat Maghrib dan Isyak secara jamak takdim, kami pun naik bas masing-masing menuju ke Madinah al-Munawwarah. Kota bercahaya, di mana junjungan besar nabi Muhammad menyempurnakan agama Allah ini. Perjalanan agak lancar sampailah satu ketika aircon bas dimatikan oleh drebar. Perjalanan mula diperlahankan. Oh, aku dah mula faham cerita sahabat-sahabat yang pernah ke Tanah Suci sebelum ini, drebar mahu baksis... 

Tidak lama kemudian, drebar bas berhenti di R&R. Kami tak dipedulikan. Aduh... Apa nak buat. Aku turun dari bas, lihat apa yang dia buat. Sedapnya dia minum sambil menyedut rokok arab yang aku dah lupa namanya. Maka, kami pun berbincang apa yang perlu dibuat. Apa lagi... kutip duit seorang satu riyal. Ada wakil jumpa sidrebar bas. Dia pun senyum dan ambil duit. Naik atas bas dan bas pun meluncur laju. Sampai di Madinah, lebih kurang pukul 4 pagi. Aduh, di Tanah Suci pun perlu suap. Tak heranlah kalau Kajian Rasuah menunjukkan  negara Islam antara negara pengamal rasuah paling tinggi kat dunia. hampeh...

Turun dari bas, aduh alangkah seronoknya, nampak dari hotel masjid Nabi. Ya Allah, aku bersyukur padamu... Masjid sengan hotel yang kami duduk tu lebih kurang 100 meter aja. Pagi tu, dapatlah kami pergi sembahyang subuh di Masjid Nabawi, masjid kedua di dunia yang dibina oleh Nabi saw. Ya Allah, ramainya jemaah, penuh dan sendat diiringi oleh muzik batuk jemaah yang telah lama ada disini.


Sembila hari di Madinah, aku sempat menziarahi beberapa tempat bersejarah. Sudah tentu aku seboleh mungkin nak masuk ke raudhah... Siang malam berdoa... Tak juga dapat masuk. hari ketiga, aku bertekad nak masuk juga... waktu tu waktu Asar. Aku pergi awal ke masjid... Sambil jalan perlahan-lahan masuk, aku terserempak dengan Tok Teh Karia (sekarang dah Allahyarham). Dia tanya dah sempat masuk Raudhah ke, aku kata belum lagi. Dia kata jangan kalut, doa dan jalan pelan-pelan. Rezeki aku, petang itu aku dapat masuk ke raudhah dengan mudah.

Di Madinah, sempat jumpa beberapa rakan antaranya Cikgu Zul, Pak Long Bidin dan Pak Cik mat Noor. Sempat lepak dengan cikgu Zul sambil pekena kopi di kedai. Sembang-sembang pasal anak aku, Naquib yang menangis tak henti-henti masa aku pergi. Peliknya, aku tak rasa susah hati apa... Inilah kehendak Allah.


Bila sampai waktu, kami ke makkah. Siap pakai ihram. kami bertolak malam. Sampai di Bir Ali, berhenti untuk niat haji. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Drebar tak mau baksis. tapi kami pulak gatal kumpul duit dan hadiah kat dia. Sampai di makkah, Hotel Al Khazindar Tower, kami disambut oleh Syeikh Muasasah yang bernama Ir jamil dengan tradisi Arab. Siap renjis merenjis mawar lagi. Maka berpakatlah kami, kami akan melakukan tawaf untuk umrah wajib pada pagi itu juga. Kebertulan, kawan aku Sjn Fadzil, dah biasa ke Mekah banyak kali. jadi pada pukul 8 pagi, kami tawaf rukun umrah dan saei dan selepas itu kanmi bertahalul. Selesailah sudah satu fasa dalam ibadah haji kami. Masa nak pi buat tawaf rukun umrah tu, aku jumpa cikgu Rosli (sekarang ni Pengarah IPG Perlis). waktu tu dia nak balik dari masjid. Habis buat kerja aku jumpa dia ditempat yang sama juga. Kuasa Allah. Aku sempat jumpa dia 4 kali masa di makkah.

Ahad, 18 Oktober 2009

gambar


Rabu, 14 Oktober 2009

lama tak menulis

hari ini baru datang balik ke sekolah. Agak lama juga aku out station. banyak kerja beb.

Ahad, 11 Oktober 2009

Selasa, 6 Oktober 2009

raya

aLong

along dan rakan-rakan