Pengikut

Rabu, 26 Ogos 2009

madihah

madihah, seorang anak muda luar biasa yang dilahierkan di Kelantan. Lahir dalam keluarga yang serba kekurangan tetapi membuktikan kepada dunia bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan. Kepada anak-anakku, contohilah madihah... dengan ilmu di dada, segalanya mungkin diperoleh. Sesungguhnya benarlah kata-kata saidina ali, ilmu akan menjaga kita tetapi harta kita yang perlu menjaganya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Debaran Menanti Keputusan PRK Permatang Pasir

Pengiraan undi sedang dilakukan. Rasa berdebar dada siapa yang bakal 'menawan' Permatang Pasir. Walau apapun berlaku, semoga parti yang menang nanti adalah parti yang boleh membawa keamanan dan kemakmuran. Moga Malaysia aman damai selepas ini.

Keputusan rasmi calon pas mendapat 9618. Calon BN 5067. Majoriti 4551. Undi rosak 83. Peratus keluar mengundi: 73 %







Sabtu, 22 Ogos 2009

ahlan wasahlan ramadhan

Selamat datang ramadhan. Bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Ada banyak sebab orang tunggu... Bagi pecinta agama, bulan ini ditunggu kerana janji allah. Allah menjanjikan bulan ini penuh keberkatan. Bulan ini juga dijanjikan allah tentang pahala yang dilipatgandakan terhadap semua kerjabuat kita. Bulan ini juga diturunkan mukjizat terbesar iaitu AlQuran. Bulan ini juga diturunkan lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bagi orang beriman, malam inilah yang paling ditunggu (tapi orang macam kita ni layakkah mendapat nikmat lalilatulqadar?). Malam ini juga adalah kegembiraan kerana dapat mengerjakan solat terawih. bagi anak-anak, lepas terawih adalah masa yang paling seronok, moreh... hehe, teringat masa sekolah dulu...

Bagi yang tak beriman pula, bulan inilah paling menyeksakan. Nak melintasi sebulan ramadhan adalah satu penyeksaan. Apa nak dikato, nak sembunyi makan di mana, nak sembunyi merokok di mana, nak bagi alasan apa kalau ditangkap tak berpuasa... Eh, eh... susah juga orang yang tak mau berpuasa. Badan bukan main hebat, sasa kalah malik noor, tapi time bulan puasa kalah anak aku... Anak-anak aku telah dilatih puasa sejak usia lima tahun lagi.... tapi puak-puak ni, umur dah limapuluh tahun pun tak puasa lagi... gastriklah, sakit perutlah, tak tahan laparlah... itu alasan bro...
perbandingan mudah: kalau hati mau apa pun boleh buat. panjat bukit tiga hari tiga malam buru rusa buleh, meredah laut untuk memancing dengan segala makneka masalah, buleh... puasa eh tak boleh pulak...

tapi puasa tahun ni syok sebab pilihanraya kecil Perrmatang Pasir akan diadakan pada bulan puasa... Harap-haraplah Us Salleh Man menang bergaya. Hidup Hidup Hidup Rakyat...

Ahad, 16 Ogos 2009

reunion sekolah ida


malam tadai hantar ida ke Hotel Legend Inn Taiping untuk majlis reunion sekolah dia. dapatlah la minah ni jumpa kawan-kawan lama dia. he he

Sabtu, 15 Ogos 2009

aku anti monyet

Lama aku tak menulis. Makna lama tak ada cerita. Tetapi ari ni aku nak tulis juga satu cerita yang meimpa diri aku. Aku bukan orang politik yang ada banyak cerita sensasi dan perlu disensasikan.

Ceritanya, ari tu, aku kena pi miting kat teping. Memandangkan miting petang start pukul 2.30 petang, macxam biasa aku masuk kelas dulu. Maklumlah, sejak jadi 2nd boss (he he) aku dah jadi guru kurang ajar. Banyak kelas aku tak sempat masuk, walaupun waktu mengajar cuma 6 period seminggu. So, bila miting petang, aku masuk kelas gak. Dah pukul satu petang, aku naik pejabat dulu. Sain itu ini, kul 1.20 aku baru keluar opis. Laju gak bawak keta, pi teping sbb nak makan dan solat zuhur lagi. Biasalah, sampai dalam kawasan hutan simpan, banyak monyet dan 'lauk'. kalau nasib baik, langgar lauk, nasib tak baik langgar monyet. Ntah bagaimana, sampai batui 23, monyet terjun pokok. Betul-betul depan kereta aku. Dum, dia langgar bumper. Balik umah baru aku tengok, habis kereta aku, pi kedai, kena ganti bumper baru. Lesap RM 200, tak termasuk cat lagi. Cilaka punya monyet.

Cerita dua: Juga pasal monyet. Ni dah berlaku tiga empat bula yang lalu. Satu pagi, ari ahad, bangun tidur lewat skit la. Kul 7.30, sbb lepas balik surau, bermalas-malas di bilik tisur pulak. iongat pg tu nak pi kebun. so sebelum tu, macam biasa, kwelur pi market dulu. ngok-ngok monyet banyak dok bergayut atas pokok dan akat pagar rumah aku. Apa lagi, aku bara sunguh. Masuk rumah, ambil mercun. Pasang mercun, aku dok leka lagi. Tum, mercun meletup, berrdesing telinga. Tengok-tengok tangan aku brerdarah. alamak, nasib tak hancur, kalau tak masuk paper aku ari tu. Betullah engkau tak guna monyet...

cerita tiga. Juga pasal makhluk ni. Memang tak guna. Aku pi antar along b alik Gopeng. Ida pi kursus PTK kat Penang. Balik dari Gopeng ingat nak rehat. Tau-tau kak ngah dan kak cik jerit. Pi belakang, tengok... masyaallah, monyet buat kerja. kebetulan masa tu musim buah. aku letak la buah rambutan daN DURIAN KAT DAPUR. DAH DIA MAKAN, dia baling kulit dan biji merata-rata. yang paling aku hangin saTU B ADAN, dia berak dan sapu tahi dia kat diunding umah aku. memang aku buang masa sepetang ari tu cuci dapur.
memang celaka kau monyet.

bagi aku, monyet dengan orang yahudi sama saja. celaka...