Pengikut

Jumaat, 30 Januari 2009

gambar lama di langkawi







di Taman Lagenda

telur penguin


diunderwater world



sedikit gambar ketika membawa anak-anak bercuti di Langkawi pada tahun 2005

Rabu, 28 Januari 2009

................

Isnin, 12 Januari 2009

kak ngah dan rakan-rakannya







sebahagian gambar kak ngah dan rakan-rakan di SK Selama, Jalan Menteri. Kak Ngah sekolah di sini mulai tahun 2003 hingga 2008. Sekarang sedang menuntut dalam kelas 1 Farabi, di SMKA Kerain.

Jumaat, 9 Januari 2009

pengkebumian

Mafhum firman Allah, "Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati." Semoga Allah meletakkan Abah Leh di sisi hamba-Nya yang soleh.

gambar pengkebumian


majlis talkin: Dipimpin oleh Sdr Khairul Faiz Nek Lah


antara sahabat yang hadir: Sekitar 100 orang.pengkebumianmenurunkan jenazah ke liang lahad

Khamis, 8 Januari 2009

gambar kematian abah Leh

perjalanan terakhir


selesai dikafankan

kenangan abah leh 1961-2009

Pukul 7 am abah leh dijemput allah kerana serangan jantung di hospital Selama. Pukul 8.30 pagi, mayat dibawa balik dari Hospital ke rumah. Pukul 12 tgh mayat dimandikan. Pukul 12.30 tgh mayat dikafankan. Pukul 1.00 selesai mengkafan mayat, anak beranak dan adik beradik memberikan penghormatan terakhir. Pukul 2 petang, solat jenazah dilakukan diimamkan oleh Sdr Fakharuzi Hj Isa. Pukul 2.30 petang, jenazah dikebumukan. Bacaan talkin oleh Saudara Kahirul Faiz Nek Lah. Sedikit gambar untuk ingatan anak-anak dan adik beradik.


Kejutan awal pagi

Hari Selasa, 6 Januari 2009 bersamaan 9 Muharam 1430, kak Bakyah menelefon aku supaya menghantar anak-anak ke sekolah. Katanya abah Leh tak dapat menghantar Muhammad, anakku pada hari itu setelah dimasukkan ke hospital. Menurut Kak Bakyah, keadaan abah Leh tidak serius, cuma mengadu sukar bernafas sekali sekala.
Setelah menghantar Muhammad, aku terus ke tempat kerja. Sesampai di sekolah, Asri sahanbatku menelefon keadaan abah leh kritikal. Kemudian isteriku pula telefon memberitahau hal yang sama. Dalam perjalanan pulang, jalanraya pula agak banuyak kenderaan terutama lori sawit dan getah. Sesampai di Sg Dendang, Ida menefon lagi sambil menangis mengatakan abah leh telah dijemput Ilahi. Aduh, tersentak jantung ini...
Kenangan demi kenangan datang. Antaranya, baru semalam hari Isnin abah Leh memberitahu Muhamad bahawa dia tidak boleh menghantar Muhamad ke sekolah lagi mulai hari Selasa (hari kematiannya). Kemudian, datang pula kisah dia tak sempat menghantar Kak Ngah yang mendaftar SMKA Kerian (walaupun dia berjanji awalnya untuk menghantar ke asrama) kerana dia terpaksa menghantar Kak Wanie ke Yayasan Khairiyah Kupang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat STAM. Dia berkata kalau hantar kak ngah dia tak boleh menghantar Muhamad ke sekolah pada hari Isnin sedangkan dia ambil cuti untuk menguruskan 'anaknya' itu ke sekolah pada hari pertama persekolahannya. Sebenarnya, semua urusan anak-anakku diuruskannya pada saban tahun. Aduh, sedihnya hati. tak terasa mengalir air mata membasahi pipi.
Beberapa perkataan pada Muhamad dan Kak Ngah sebenarnya tak terbaca pada akal fikir aku. Inilah yang membuatkan aku rasa ralat kerana tidak ke hospital pada pagi tersebut sebaliknya terus ke sekolah.
Kenangan demi kenangan menhimbau. antaranya bagaimana dia mengasuh anak-anakku sejak aku balik dari sabah pada tahun 1996. bagaimana dia mengajar anak-anakku mengaji quran, belajar solat dan bermacam benda lain.
aku masijh ingat, ketika di Mekah selama 45 hari, anak-anakku tidak rasa asing malah tidak mahu bercakap panjang jika kami telefon kerana rasa selesa dengan abah leh mereka. aku juga masih ingat bagaimana dia menyantuni kak ngah yang sering buat peranagai semasa sekolah rendah. dialah yang memujuk, memeluk dan mendukung kak ngah untuk dihantar ke sekolah. swekarang kak ngah dah besar dan sedar tentang hal ini.
kematiannya merupakan satu kehilangan. Sepanjang 48 tahun dia hidup, banyak jasanya kepada agama dan bangsa. Sepatah klata kak cik, 'lepas ni kami tak dapat gaji lagi kerana tak boleh cabut uban abah leh' membuatkan airmataku bergenang. Semoga abah leh diletakkan di sisi orang beriman dan beramal soleh.

Rabu, 7 Januari 2009

alfatihah

ketika selesai dikafankan
Tanggal 6 Januari 2009, satu peristiwa mendukacitakan telah berlaku ke atas keluarga kami. Salleh Mat Rejab, suami kepada kakak saya, (atau lebih dikenali sebagai Abah Leh oleh anak-anakku) telah kembali ke rahmatullah. Catatan panjang akan menyusul selepas ini.

Isnin, 5 Januari 2009

anak dan sepupu


ini ank nama dia nabila