Pengikut

Khamis, 27 November 2008

amani




antara ahli keluarga terbaru. anak pak ngah. dia ni pandai bergaya. he he he

gambar abang hafiz di Mesir







abang hafiz telah mengirim beberapa gambarnya ketika di Mesir. Ini sebahagian daripada gambar yang dikirimkan.antaranya ialah gambar demontrasi pelajar al Azhar tentang isu Palestin.

Rabu, 26 November 2008

ber'online' dengan abang sepupu


pada sebelah malamnya, anak-anak begitu gembira kerana dapat online dengan abang sepupu mereka yang sedang belajar dalam tahun satu di Mesir. Kerinduan mereka terubat setelah mendengar suara dan wajah abang mereka di webcam. Kebetulan kakak dan abang ipar adalah pengasuh kepada anak-anak saya sejak Jun 1995. Abang inilah juga yang kadang-kadang mengambil mereka dari sekolah, mengajar quran dan sebagainya dengan mereka. Sudah tentu pemergian beliau ke Mesir amat dirasai. Kepada abang hafiz, moga menjadi ulama besar satu hari nanti.

kunjungan anak murid dan keluarga



baru-baru ini anak murid saya solehin yang menuntut di Universiti  Malaysia Sabah , Sakinah (IPG Tawau) dan Mustakim (UiTM Permatang Pauh) datang berkunjung ke rumah bersama emak dan emak saudaranya.Semoga mereka menjadi insan berilmu yang akan membentuk genrasi muda akan datang. Barulah kita boleh lahirkan masyarakat madani.

Sabtu, 22 November 2008

hantar hafiz pi Mesir

Bulan puasa lalu, hantar hafiz anak kakak saya melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar. Saya mengambil kesempatan ini membawa anak-anak ke KLIA yang belum pernah dijejaki. Walaupun letih sebab bulan puasa, tapi syok sebab anak-anak gembira.

upsr


Ini gambar anak dan kawan-kawannya yang dapat 5A.

lagi gambar di sawah padi





syoknya anak-anak tengok pokok beras

bawa anak jalan-jalan




hari Sabtu 22 November ambil kesempatan bawa anak-anak berjalan-jalan. Mula-mula pi beli buku di Seberang Jaya Carnival Mall. Lepas tu terus ke Perlis. Sampai di Perlis pukul 3.00 petang. Selepas Solat Asar ambil kesempatan bawa anak-anak ke sawah padi kakak isteri di arau. Kakak isteri tu suri rumah sepenuh masa. Suaminya ngajar di UITM Arau.

kenduri lagi



balik dari port weld singgah di surau taman nesa selama. Tengoklah sahabat-sahabat sedang siduk bergotong royong untuk majlis kenduri kahwin anak Pak Lah Sup. Beginilah suasana kehidupan penduduk Taman Nesa. Masih mengekalkan semangat bergotong royong dalam semua hal. Tahniah.

port weld



lepas kenduri singgah sat di jeti port weld. hajatnya nak beli kerang, tapi kerang dah tak ada. beli udang je lah. lihatlah pemandangan jeti port weld. indahkan...

majlis tahli naik haji



selepas solat Jumaat pada 21 November 2008 saya, isteri dan dua anak ke Port Weld Taiping kerana majlis kenduri tahlil naik haji mak saudara sebelah isteri. Mereka akan berangjkat ke Makkah pada 27 November 2008. Semoga mereka mendapat haji mabrur.

Khamis, 20 November 2008

lawatan ke zoo taiping



bawa anak-anak ke zoo taiping. datanglah berkunjung ke taiping banyak tempat menarik. salah satu daripadanya ialah zoo.

Majlis Ihtifal TIP


anak bongsu Mohamad Naquib Daniel ketika membuat persembahan dalam majlis Ihtifal TIP bulanOgos 2008.Dapat hadiah banyak jugak mamat ni.

kunjungan sahabat lama



Allah menemukan kami sekeluarga dengan sahabat lama, us Gazali dari Kelantan. Kini beliau sedang berkhidmat di JPN Kelantan. Beliau berkunjung ke rumah saya setelah selesai menghadiri majlis kenduri kahwin saudaranya di negeri Perak.

saya dan isteri




inilah isteri saya yang banyak membantu dan mendidik anak-anak.
anak-anak yang sedang membesar

bercuti Di Kuala Terengganu


saya dan keluarga berkesempatan bercuti di Kuala Terengganu baru-baru ini. Ini gambar kenangan kami di sana.

bertemu kawan lama

bertemu ustaz Jalil dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang kebetulan menginap di Hotel yang sama di Kuala Terengganu. Kali terakhir bertemu pada 1995.