Pengikut

Rabu, 26 November 2008

ber'online' dengan abang sepupu


pada sebelah malamnya, anak-anak begitu gembira kerana dapat online dengan abang sepupu mereka yang sedang belajar dalam tahun satu di Mesir. Kerinduan mereka terubat setelah mendengar suara dan wajah abang mereka di webcam. Kebetulan kakak dan abang ipar adalah pengasuh kepada anak-anak saya sejak Jun 1995. Abang inilah juga yang kadang-kadang mengambil mereka dari sekolah, mengajar quran dan sebagainya dengan mereka. Sudah tentu pemergian beliau ke Mesir amat dirasai. Kepada abang hafiz, moga menjadi ulama besar satu hari nanti.

0 ulasan: