Pengikut

Isnin, 16 Mac 2009

politik skit

Hari ini, Dewan Rakyat telah menggantung ahli parlimen Kepong, Gobind Singh Deo dari menghadiri sidang dewan selama setahun. Beliau turut hilang segala kelayakan dan keistimewaan yang dinikmati sebagai ahli parlimen dalam tempoh pergantungan tersebut. Puncanya, Gobind telah bertanya soalan kepada PM yang akan dilantik tentang kes pembunuhan altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Apabila tidak mendapat reaksi, malah yang diperoleh cuma cemuhan dan kecaman dari back benchers, dia mengeluarkan perkataan Najib pembunuh. Akhirnya, satu usul dibuat dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan PM mengusulkan Gobind digantung.

Pada aku, benda ni tidak akan terjadi jika polis dan kerajaan telus dalam kes ini. Siasatlah Najib, kalau betul Najib dan isteri terlibat sepertimana yang dikatakan pembangkang. Biar mahkamah tentukan. Kalau Najib tak terlibat, alangkah baiknya. Malaysia juga yang dapat nama baik. Kita pun tidak mahu PM kita dituduh dengan benda dan skandal yang bukan-bukan. Kita sayangkan negara.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang aman makmur. bebas daripada bala Allah dan gangguan yang melemahkan pentadbiran negara. Kita tidak mahu PM kita ditohmahkan sebegitu rupa hingga boleh menjejaskan keamanan yang kita nikmati dan kecapi selama ini. Kita mahu mewarisi negara bertuah ini dengan baik untuk diserah dan diurustadbir oleh generasi akan datang.

Seharusnya pembangkang dan kerajaan bertindak sebagai 'adik dan abang'. Jangan terlalu banyak politing dalam menguruskan negara. Kepada ahli politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang, dengarlah rintihan rakyat. Rakyat yang meletakkan anda di Dewan yang mulia itu. Kembalilah kepada demokrasi sebenar dan jangan terlalu banyak bertelagah dalam hal-hal yang remeh-temeh. Sebagai rakyat, kami cuma mahukan keamanan, keselesaan dan keselematan. Danm yang paling penting, sebagai orang Islam, Islam terpelihara dan dibela.

Sabtu, 7 Mac 2009

Majlis Tilawah Quran dan Kesenian Islam SR

kalau menang hadiah apa la gamaknya

aku nak menang
lagu ke 2
lupa lirik ka?
semangatnya kak cik
tengah menyanyi
nervous kak cik tunggu turn dia
kumpulan nasyid SR Jalan Menteri
Hari Sabtu, pukul 9.00 am perge ke sekolah Rendah Kebangsaan Felda Ijok u ntuk melihat dan memberi semangat kepada Kak Cik yang mengambil bahagian dalam program MTQ dan Kesenian Islam sekolah rendah peringkat Zon Selama. Kak Cik masuk acara nasyid. Huh, semangat budak ni. inilah pendedahan pertama beliau dalam program sekolah. Selepas tu, pukul 12.00 pergi melawat kak ngah (tau-tau dia boleh balik). ambil dia dan terus ziarah along di Gopeng. Bawa along makan di Tesco Kampar aja. Budak ni ok saja. Nampaknya along letih, sebab program tak berhenti. Tambahan pulak dia dah jadi naqib usrah kat sekolah dia. Pukul 4.30 balik dari Gopeng. Hujan lebat di sepanjang jalan. Singgah sat di Hospital Taiping kerana anak murid Ida accident. Sampai di Taiping, budak tu dah keluar hospital. Terus balik Selama. Sampai dah dekat Maghrib. Letih...

Jumaat, 6 Mac 2009

lawatan MB Halal


dah selesai: sebelum ke ceramah umum
sentiasa dekat di hati rakyat
hebat mb ni

antara jemaah yang kusyuk mendengar kuliah sedang memberi kuliah maghrib

Pada 4 Mac lalu, MB Perak yang halal, yang dipilih oleh rakyat telah melakukan lawatan ke Selama. Program beliau di Selama cukup padat. Pada sebelah pagi berada di Kubu Gajah, petangnya di Batu Kurau, selepas Solat Maghrib di Surau At Taqwa beliau telah memberikan Kuliah Magrib. Kehadiran malam itu sungguh ramai. Penuh surau dekat rumah kami ni. Kira-kira 500 orang muslimin dan muslimat hadir untuk mendengar kulaih maghrib beliau. Sebelum itu, beliau telah mengimamkan solat magrib. sayu rasanya hati, inilah kali pertama sembahyang yang diimamkan oleh seorang MB.

Beliau telah menyentuh beberapa ayat dari surah al Mulk dalam kuliahnya. Aduh, betapa banyaknya perkara yang kita tidak tahu, tapi si Nizar ni berjaya meyakinkan kita bahawa Allah telah menggariskan panduan bernegara mengikut akhlak Islam. Kesimpulannya, beliau berpesan ada empat perkara yang kita mesti bersama Rasulullah, iaitu aqidah, syariat, diin dan perjuangan.

Selesai kuliah, beliau bergegas ke Tebing Tinggi untuk satu lagi majlis. Dan akhirnya belia ke Darul Taklim, sebuah sekolah agama milik Pas di Bagan Baru untuk ceramah umum.

Isnin, 2 Mac 2009

Perak Bergolak Lagi

Lantaran kerakusan kuasa dan gila kuasa, ada pihak yang sanggup membelakangkan rakyat dalam percaturan politik mereka. Hal inilah yang menyebabkan keamanan yang diimpikan rakyat telah ternoda. Tangan-tangan ghaib, yang berselindung di sebalik istana, telah membangkitkan persoalan ketidaksahan persidangan khas yang dilakukan speaker. Apapun, sebagai rakyat dan pengundi berdaftar, kita kena akur walaupun hati marah dan mendidih. Akan tiba masanya kita akan dibantu oleh Allah, dan takkala tiba saat itu, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat membendungnya lagi.
Di sebalik kegagalan dan krisis Perak ini, aku merasakan akan banyaknya pengetahuan politik yang dipelajari oleh orang kampung. Dulu, orang kampung tidak membicarakan masalah perlembagaan negeri, hari ini rata-rata mereka membincangkan tentang Seksyen 16(6) iaiatu tentang menteri besar akan terhapuskuasa melalui 3 cara iaiti a) pembubabaran dun b) usul undi tak percaya c) mb meletak jawatan secara sukarela.

Dalam hal beginilah, orang kampung harus memikirkan kembali betapa pentingnya memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri orang yang bijak dan berkaliber. Bukan setakat mesra rakyat, bijak bercakap dan kehat kertampilan tetapi mereka perlu memikirkan kembali sejauh mana ketekalan dan kebijakan undang-undang supaya semua undang-undang yang dibuat menguntungkan rakyat.

Dalam hal begini, Perak telah mendahului negeri lain dalam melahirkan manusia yang concern tentang politik. Walaupun dahulu Kelantan telah berjaya menamatkan keangkuhan kuasa sesetengah golongan yang percaya hanya mereka saja yang mampu mentadbir negara. Persoalannya, mungkinkah krisis politik Perak akan menentukan masa depan negara Malaysia. Adakah ini lanjutan peristiwa 1874, apabila Perjanjian Pangkor telah berjaya melahirkan ketidakpuasan hati orang Melayu. Adakah mungkin selepas ini orang Melayu dan masyarakat lain juga akan terfikir bahawa kita memeerlukan orang politik yang jujur untuk mentadbir negara?

Sesungguhnya, Malaysia adalah negara yang cukup kaya dan cukup subur. berak Burung pun boleh buat duit. Tak percaya? tanya di pasar, cili burung... dari mana tu? Dengan asas ekonomi yang kukuh, kita memerlukan manusia yang jujur memerintah. Kembalikan kuasa kepada rakyat. Jangan biarkan negara yang aman damai selama ini tidak aman lagi selepas ini. Teringat aku kata-kata Kolumnis terkenal, Subky Latif, selama ini negara kita tenang dan aman kerana kita memiliki pembangkang yang baik, tak kacau ganggu kerajaan. Harapnya, di negeri yang BN jadi pembangkang juga begitu. Barulah aman. Jangan kacau dan biarkan PRU 13 rakyat membuat keputusa.