Pengikut

Isnin, 2 Mac 2009

Perak Bergolak Lagi

Lantaran kerakusan kuasa dan gila kuasa, ada pihak yang sanggup membelakangkan rakyat dalam percaturan politik mereka. Hal inilah yang menyebabkan keamanan yang diimpikan rakyat telah ternoda. Tangan-tangan ghaib, yang berselindung di sebalik istana, telah membangkitkan persoalan ketidaksahan persidangan khas yang dilakukan speaker. Apapun, sebagai rakyat dan pengundi berdaftar, kita kena akur walaupun hati marah dan mendidih. Akan tiba masanya kita akan dibantu oleh Allah, dan takkala tiba saat itu, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat membendungnya lagi.
Di sebalik kegagalan dan krisis Perak ini, aku merasakan akan banyaknya pengetahuan politik yang dipelajari oleh orang kampung. Dulu, orang kampung tidak membicarakan masalah perlembagaan negeri, hari ini rata-rata mereka membincangkan tentang Seksyen 16(6) iaiatu tentang menteri besar akan terhapuskuasa melalui 3 cara iaiti a) pembubabaran dun b) usul undi tak percaya c) mb meletak jawatan secara sukarela.

Dalam hal beginilah, orang kampung harus memikirkan kembali betapa pentingnya memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri orang yang bijak dan berkaliber. Bukan setakat mesra rakyat, bijak bercakap dan kehat kertampilan tetapi mereka perlu memikirkan kembali sejauh mana ketekalan dan kebijakan undang-undang supaya semua undang-undang yang dibuat menguntungkan rakyat.

Dalam hal begini, Perak telah mendahului negeri lain dalam melahirkan manusia yang concern tentang politik. Walaupun dahulu Kelantan telah berjaya menamatkan keangkuhan kuasa sesetengah golongan yang percaya hanya mereka saja yang mampu mentadbir negara. Persoalannya, mungkinkah krisis politik Perak akan menentukan masa depan negara Malaysia. Adakah ini lanjutan peristiwa 1874, apabila Perjanjian Pangkor telah berjaya melahirkan ketidakpuasan hati orang Melayu. Adakah mungkin selepas ini orang Melayu dan masyarakat lain juga akan terfikir bahawa kita memeerlukan orang politik yang jujur untuk mentadbir negara?

Sesungguhnya, Malaysia adalah negara yang cukup kaya dan cukup subur. berak Burung pun boleh buat duit. Tak percaya? tanya di pasar, cili burung... dari mana tu? Dengan asas ekonomi yang kukuh, kita memerlukan manusia yang jujur memerintah. Kembalikan kuasa kepada rakyat. Jangan biarkan negara yang aman damai selama ini tidak aman lagi selepas ini. Teringat aku kata-kata Kolumnis terkenal, Subky Latif, selama ini negara kita tenang dan aman kerana kita memiliki pembangkang yang baik, tak kacau ganggu kerajaan. Harapnya, di negeri yang BN jadi pembangkang juga begitu. Barulah aman. Jangan kacau dan biarkan PRU 13 rakyat membuat keputusa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good post you got here pakcik! lain kali taruk la yang macam ni... hehehe