Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

Tsunami in Japan 3.11 first person FULL raw footage

Selasa, 5 Oktober 2010

lama tak jengah...

nanti bila ada masa akan menulis kembali dalam blog ini...

Rabu, 3 Mac 2010

layan gambar je lah...

Rabu, 6 Januari 2010

setahun pemergian abah leh

hari ini genap setahun abah leh pergi meninggalkan kami untuk menemui allah. semoga allah merahmati rohnya dan diletakkan disisi orang beriman dan kekasih2 allah. sesungguhnya pemergiannya ditangisi keluarga dan rakan2 terutama anakku, naquib yang amat rapat dengannya.

Khamis, 24 Disember 2009

tahniah anakku

Tahniah kepada anak sulung, arief daniel kerana berjaya memperoleh 9A dalam PMR tahun ini. Buat along,kejayaan ini merupakan satu langkah awal untuk mendaki kejayaan. Terlalu banyak godaan, rintangan, halangan dan hambatan yang perlu ditepis sepanjang jalan untuk terus berjaya. Harapan abah dan ibu, jadilah anak yang berjaya dunia kahirat, yang dapat berbakti pada agama dan tanah air nanti. Jangan jadikan kejayaan ini satu kepuasan sehingga lupa matlamat kita akghirnya.

Sekali lagi tahniah dari abah... Terimakasih pada semua guru di SBPI Gopeng kerana tunjuk ajar dan bimbingan pada anakku. Juga tidak lupa pada amirul abdul majid, anak abangku yang belajar di MRSM Gerik kerana berjaya mendapat 8A. Dan akhirnya pada semua yang menduduki PMR tahun ini. Berjaya atau tidak ingatlah satu saja pesanan. 'Dunia masih belum kiamat'... berusahalah.

Rabu, 16 Disember 2009

semoga selamat

hari ini kakak sulung (Kak Kiah) sedang menjalani pembedahan jantung di Hospital Besar Pulau Pinang. Dia telah menunggu giliran yang agak lama untuk menjalani pembedahan jantung ini. Seingat aku, kali pertama dia dikesan menghidapi penyakit jantung ialah sekitar tahun 1086. Ketiika itu dia dirujuk oleh Hospital Subang Jaya ke Universiti Malaya (PPUM). Selepas itu cerita itu diam begitu sahaja sehinggalah dia terkena strok pada tahun 2000.
Semoga Allah memberikan kekuatan, semangat pada kak kiah untuk pulih seperti sediakala, Kepada Allah kami panjatkan doa. Moga mak long sihat sejahtera.

Ahad, 15 November 2009

Tetamu Allah

Minggu lepas, sahabat baik aku, Hamid Santan merupakan antara orang yang dipilih Allah menjadi tetamu-Nya untuk Ke Makkah. Selepas solat Subuh berjemaah, kami menikmati sedikit sarapan sebelum ke rumahnya. Ramai juga sahabat yang hadir pada hari tu. Doa 'turun rumah' disempurnakan oleh Cg Faiz Nek Lah manakala azan pula di sempurnakan oleh En Yusof.

Isterinya kelihatan sangat tenang sekali. Tapi sahabat aku ni nampaknya sangat sedih dan kemungkinan gementar untuk menjadi tetamu ALLah. Aku juga pernah merasainya dulu.

Pada Hamid dan isteri, moga mendapat Haji Mabrur.