Pengikut

Khamis, 24 Disember 2009

tahniah anakku

Tahniah kepada anak sulung, arief daniel kerana berjaya memperoleh 9A dalam PMR tahun ini. Buat along,kejayaan ini merupakan satu langkah awal untuk mendaki kejayaan. Terlalu banyak godaan, rintangan, halangan dan hambatan yang perlu ditepis sepanjang jalan untuk terus berjaya. Harapan abah dan ibu, jadilah anak yang berjaya dunia kahirat, yang dapat berbakti pada agama dan tanah air nanti. Jangan jadikan kejayaan ini satu kepuasan sehingga lupa matlamat kita akghirnya.

Sekali lagi tahniah dari abah... Terimakasih pada semua guru di SBPI Gopeng kerana tunjuk ajar dan bimbingan pada anakku. Juga tidak lupa pada amirul abdul majid, anak abangku yang belajar di MRSM Gerik kerana berjaya mendapat 8A. Dan akhirnya pada semua yang menduduki PMR tahun ini. Berjaya atau tidak ingatlah satu saja pesanan. 'Dunia masih belum kiamat'... berusahalah.

4 ulasan:

MALEQUE SELAMAT berkata...

Tahniah lah Malik.. syabas.. nampaknya anak aku tak secemerlang anak hang... setakat dapat dua bijik A jer.. huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

tahniah along!!! :)

permai berkata...

hanya bar permulaan saja malek. masih banyak ranjau dan liku yang harus anak-anak kita tempuhi. kita hanya boleh bagi semangat dan sokongan saja. marilah sama-sama kita berdoa anak kita berjaya. paling penting untuk akhirat mereka.

permai berkata...

tq liyana. dia pun nak ikut jejak kak liyana juga. tahniah juga pada amirul. untunglah abah liyana, anak-anak semua berjaya.