ada banyak lagi nih. tengok aja bro.
Jumaat, 5 Disember 2008
Selasa, 2 Disember 2008
lawatan anak ke Cameron Highland
Anak saya mohd arief daniel baru balik dari lawatan ke cameron highland. Lawatan sehari ini adalah anjuran Kelab Remaja Taqwa Surau Taman Merdeka Selama. Bersama-sama dengan lawatan ini ialah Haji Ibrahim selaku ketua rombongan dan Haji Razlan (Abang Dollah). Gambar-gambar anak di Cameron Highland dipaparkan dalam catatan terbaru ini. Semoga ia menjadi kenangan indah kepadanya kerana beliau tak pernah ikut rombongan selama ini. Lagi gambar akan menyusul.
Sabtu, 22 November 2008
bawa anak jalan-jalan
hari Sabtu 22 November ambil kesempatan bawa anak-anak berjalan-jalan. Mula-mula pi beli buku di Seberang Jaya Carnival Mall. Lepas tu terus ke Perlis. Sampai di Perlis pukul 3.00 petang. Selepas Solat Asar ambil kesempatan bawa anak-anak ke sawah padi kakak isteri di arau. Kakak isteri tu suri rumah sepenuh masa. Suaminya ngajar di UITM Arau.