Pengikut

Khamis, 8 Januari 2009

Kejutan awal pagi

Hari Selasa, 6 Januari 2009 bersamaan 9 Muharam 1430, kak Bakyah menelefon aku supaya menghantar anak-anak ke sekolah. Katanya abah Leh tak dapat menghantar Muhammad, anakku pada hari itu setelah dimasukkan ke hospital. Menurut Kak Bakyah, keadaan abah Leh tidak serius, cuma mengadu sukar bernafas sekali sekala.
Setelah menghantar Muhammad, aku terus ke tempat kerja. Sesampai di sekolah, Asri sahanbatku menelefon keadaan abah leh kritikal. Kemudian isteriku pula telefon memberitahau hal yang sama. Dalam perjalanan pulang, jalanraya pula agak banuyak kenderaan terutama lori sawit dan getah. Sesampai di Sg Dendang, Ida menefon lagi sambil menangis mengatakan abah leh telah dijemput Ilahi. Aduh, tersentak jantung ini...
Kenangan demi kenangan datang. Antaranya, baru semalam hari Isnin abah Leh memberitahu Muhamad bahawa dia tidak boleh menghantar Muhamad ke sekolah lagi mulai hari Selasa (hari kematiannya). Kemudian, datang pula kisah dia tak sempat menghantar Kak Ngah yang mendaftar SMKA Kerian (walaupun dia berjanji awalnya untuk menghantar ke asrama) kerana dia terpaksa menghantar Kak Wanie ke Yayasan Khairiyah Kupang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat STAM. Dia berkata kalau hantar kak ngah dia tak boleh menghantar Muhamad ke sekolah pada hari Isnin sedangkan dia ambil cuti untuk menguruskan 'anaknya' itu ke sekolah pada hari pertama persekolahannya. Sebenarnya, semua urusan anak-anakku diuruskannya pada saban tahun. Aduh, sedihnya hati. tak terasa mengalir air mata membasahi pipi.
Beberapa perkataan pada Muhamad dan Kak Ngah sebenarnya tak terbaca pada akal fikir aku. Inilah yang membuatkan aku rasa ralat kerana tidak ke hospital pada pagi tersebut sebaliknya terus ke sekolah.
Kenangan demi kenangan menhimbau. antaranya bagaimana dia mengasuh anak-anakku sejak aku balik dari sabah pada tahun 1996. bagaimana dia mengajar anak-anakku mengaji quran, belajar solat dan bermacam benda lain.
aku masijh ingat, ketika di Mekah selama 45 hari, anak-anakku tidak rasa asing malah tidak mahu bercakap panjang jika kami telefon kerana rasa selesa dengan abah leh mereka. aku juga masih ingat bagaimana dia menyantuni kak ngah yang sering buat peranagai semasa sekolah rendah. dialah yang memujuk, memeluk dan mendukung kak ngah untuk dihantar ke sekolah. swekarang kak ngah dah besar dan sedar tentang hal ini.
kematiannya merupakan satu kehilangan. Sepanjang 48 tahun dia hidup, banyak jasanya kepada agama dan bangsa. Sepatah klata kak cik, 'lepas ni kami tak dapat gaji lagi kerana tak boleh cabut uban abah leh' membuatkan airmataku bergenang. Semoga abah leh diletakkan di sisi orang beriman dan beramal soleh.

4 ulasan:

Nurul Azlan berkata...

sedih nye baca yg ni..

Tanpa Nama berkata...

innalillahhiwainnailahiroji'un... sedihnya dah x dapat jumpa pakleh lepas ni.

permai berkata...

betul

permai berkata...

ni jihah yg tulis