Pengikut

Rabu, 10 Disember 2008


Ini gambar ank saya ,Aiman Najihah...dan sepupu dia!!!

=haRi rAya 2008!!=


=gAmBar hAri RaYa 2008=

Isnin, 8 Disember 2008

kunjungan sahabat




Selesai majlis qurban, sahabat baik saya dari Perlis Norhashimi b Ismail dan isteri Suraya serta anak-anak datang bertandang ke rumah. Beliau adalah orang yang pertama saya temui ketika baru posting ke sabah pada tahun 1990. Saya menumpang flat beliau di SMK Bugaya, Semporna. Kemudian menumpang pula di Taman Sempau sebelum saya mendapat rumah berhadapan dengan rumahnya di taman operumahan tersebut. Kami sama-sama balik dari Sabah pada bulan Jun 1995. Sekarang beliau berkhidmat di SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.

sekitar qurban 2009













suasana hari raya qurban di Taman Nesa Selama pada tahun 2009. Keadaan agak meriah kerana majlis qurban ini dihadiri oleh seratus orang penduduk etempat. Mereka telah bertungkus lumus menyempurnakan empat ekor binatang korban dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin dan penduduk setempat. Selepas Solat Zuhur, majlis tahlil diadakan dan selepas itu macam biasa, pekena sup tulang. aduh sedapnya. Lupa kandungan kolesterol tinggi sekejap.

hariraya qurban

Suasana menyambut hari raya qurban di surau Taman Nesa, Selama, Perak. Sebanyak empat ekor ternakan iaitu dua ekor lembu dan dua ekor kerbau telah selamat dikorbankan oleh peserta kurban tahun ini. Sesungguhnya, penyembelihan binatang ternakan ini memberi banyak pengajaran kepada orang yang mahu berfikir. Terlalu banyak falsafah qurban yang tersirat di sebalik ibadah murni ini.

Jumaat, 5 Disember 2008

gambar hari raya eidul fitri








masa beraya dulu, sempatlah mengambil gambar keluarga dan anak buah. sebahagian besar daripadanya ialah gambar dengan keluarga norlida, di kamunting Perak.