cuti penggal baru ni, anak dan anak-anak serta kak bakyah dan Wani pergi meletkakkan batu nisan di kubur allahyarham abah Leh.
Ahad, 19 April 2009
Batu Nisan
Pulau Pangkor
saja-saja
Sabtu, 11 April 2009
osman jailu
Dosamu kepada PR tidak terampun.Inilah rupanya manusia yang mencetuskan krisis politik kat Perak. Kepada anak-anakku, belajarlah bahawa manusia yang tidak ada nama di dalam masyarakat dan pentas plitik tempatan tiba-tiba menjadi terkenal dengan hanya melompat ke parti pemerintah. Nama ini bukan sekadar disebut dalam harakah, suara keadilan, berita hairan dan utusan meloya, bahkan tersiar dalam AFP, CNN dan BBC. Untungkan jadi raja lompat... Walaupun mahkamah persekutuan mengisytiharkan kerusi Osman, jamaluddin dan Kee kekal, tetapi adakah mereka mulia pada pandangan masyarakat? Fikirkan wahai anak-anakku. Kalau PR memerintah kelak, subjek sejarah dibawah tajuk politik dan pilihanraya, nama osman pasti akan disebut kerana beliaulah pencetus krisis perlembagaan Perak yang tidak selesai sehingga sekarang.
pilihanraya kecil bukit gantang
tanggal 7 april lalu, sejarah politik malaysia berlaku lagi. kali ini kenangan manis pembangkang di Malaysia yang berjaya menawan dua bukit iaitu bukit selambau di Kedah dan bukit gantang di Perak dalam PRK. Kemenangan ini gagal dikongsi oleh pembangkang Sarawak kerana penduduk Sarawak amat pandai dan matang berpolitik. Jadi, pembangkang gagal mendapat 'jaringan hatrik' dalam game politik ini. walau bagaimanapun, kemenangan 2 - 1, sudah cukup membuatkan Tok Jib tidak lena tidur dan Kak Mah tidak senyuman Kak Mah tidak semanis hari pertabalan Tok Jib pada 4 April lalu.
Isnin, 16 Mac 2009
politik skit
Hari ini, Dewan Rakyat telah menggantung ahli parlimen Kepong, Gobind Singh Deo dari menghadiri sidang dewan selama setahun. Beliau turut hilang segala kelayakan dan keistimewaan yang dinikmati sebagai ahli parlimen dalam tempoh pergantungan tersebut. Puncanya, Gobind telah bertanya soalan kepada PM yang akan dilantik tentang kes pembunuhan altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Apabila tidak mendapat reaksi, malah yang diperoleh cuma cemuhan dan kecaman dari back benchers, dia mengeluarkan perkataan Najib pembunuh. Akhirnya, satu usul dibuat dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan PM mengusulkan Gobind digantung.
Pada aku, benda ni tidak akan terjadi jika polis dan kerajaan telus dalam kes ini. Siasatlah Najib, kalau betul Najib dan isteri terlibat sepertimana yang dikatakan pembangkang. Biar mahkamah tentukan. Kalau Najib tak terlibat, alangkah baiknya. Malaysia juga yang dapat nama baik. Kita pun tidak mahu PM kita dituduh dengan benda dan skandal yang bukan-bukan. Kita sayangkan negara.
Semoga Malaysia akan menjadi negara yang aman makmur. bebas daripada bala Allah dan gangguan yang melemahkan pentadbiran negara. Kita tidak mahu PM kita ditohmahkan sebegitu rupa hingga boleh menjejaskan keamanan yang kita nikmati dan kecapi selama ini. Kita mahu mewarisi negara bertuah ini dengan baik untuk diserah dan diurustadbir oleh generasi akan datang.
Seharusnya pembangkang dan kerajaan bertindak sebagai 'adik dan abang'. Jangan terlalu banyak politing dalam menguruskan negara. Kepada ahli politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang, dengarlah rintihan rakyat. Rakyat yang meletakkan anda di Dewan yang mulia itu. Kembalilah kepada demokrasi sebenar dan jangan terlalu banyak bertelagah dalam hal-hal yang remeh-temeh. Sebagai rakyat, kami cuma mahukan keamanan, keselesaan dan keselematan. Danm yang paling penting, sebagai orang Islam, Islam terpelihara dan dibela.