Selesai majlis qurban, sahabat baik saya dari Perlis Norhashimi b Ismail dan isteri Suraya serta anak-anak datang bertandang ke rumah. Beliau adalah orang yang pertama saya temui ketika baru posting ke sabah pada tahun 1990. Saya menumpang flat beliau di SMK Bugaya, Semporna. Kemudian menumpang pula di Taman Sempau sebelum saya mendapat rumah berhadapan dengan rumahnya di taman operumahan tersebut. Kami sama-sama balik dari Sabah pada bulan Jun 1995. Sekarang beliau berkhidmat di SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.
Isnin, 8 Disember 2008
kunjungan sahabat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan